Sunday, September 13, 2009

Majlis Berbuka Puasa Desasiswa Restu 09/10













13 sept 2009.Desasiswa Restu,USM..Sari berita utama.

Segar dari ladang...hehe..Permulaan kisah bermula daripada malam semalam.aku dan roomate ku tidak dapat tido gara-gara gatal mengambil minuman berkafein @ nescafe 3 in 1 yg menjadi kegemaran kami sebilik sejak dari 1st year lg.puas aku mengisi masa lapang ketika mata tidak mahu terlelap.Aku membasuh pakaian, mencuci pinggan mangkuk yang digunakan ketika berbuka puasa,mengemas bilik,mengemaskini nota,membuat introduction for hxe 209 pny assignment,melayan lagu raya,masak maggi goreng, bersembang,mengganggu lelaki2 macho di sekitar bilik dan bermacam-macam lg.tiba masa untuk bersahur,pergilah aku ke bilik sebelah membuat huru-hara agar jiranku bangun supaya boleh la menyediakan juadah untuk bersahur.

ketika menikmati juadah bersahur,aku dan roomate kesayangan ku punyalah bercerita akan aktiviti2 yang kami lakukan akibat ketidakbolehan untuk melelapkan mata.Cerita punya cerita,alkisahnya kami kena 'medek' or perli mati-matian,habis-habisan dengan Along ( Armanie ) n Ude ( Ziana Abadi). haha.. intipati utama,kononnya kami ni tidak tido kerana kuat beribadat. tak ke sentap dibuatnya.namun perbincangan yang dicetuskan agak bermanfaat apabila kami mula menyentuh bab-bab agama.alhamdullilah..

disambungkan cerita yang sebenarnya masih belum pun bermula,selepas sahur,kami diberitahu kemungkinan besar ketika kami bersuka-ria dan bermuhasabah diri,adalah malam lailatul Qadar,yakni malam yang lebih baik daripda seribu bulan..kalau betul alhamdulillah.Semoga kepada hamba Allah yang berjaya mencari dan menemui malam tersebut mendapat rahmat dan memanjatkan doa agar umat Islam seluruh dunia dilindungi daripada bala bencana.Moga2 lah..aminn...

selepas subuh,mata mulai kuyu,tidak lagi bermaya dan sudah menunjukkan simptom-simptom penyakit tidur sudah menular dalam diri keempat-empat adik beradik diva.Hehe..dan lantaran itu, kami terlewat untuk ke majlis gotong-royong di DUD untuk tujuan majlis berbuka puasa tadi yang sepatutnya bermula 9.00pg..Hehe.yang kelakar,walaupun lewat,sesi berkaraoke di dalam bilik air dengan alunan suara2 soprano dan pitching yang bersesuaian masih diteruskan..LAgu-lagu drpda Datuk CT,Jac,Misha Omar n pengantin baru kite,waheeda berkumandang..

Penat membuat persiapan sehingga petang, aku mengambil keputusan untuk pulang ke bilik dan membayar hutang semalaman aku tidak tidur.Entah lah,semakin hari semakin tawar rasanya bagi aku untuk mencurahkan bakti kepada desasiswa.Pengalaman yang serupa ketika aku berada di SMKBS.Siapa yang x terkejut,aku la pengawas pertama yang menentang ketua pengawas dan seluruh exco lembaga pengawas termasuk guru penasihatnya sekali,en tahir...akhirnya,setiap ludah dan cacian mereka ke atas aku,mereka jilat dan lap kembali.Cikgu tahir masih mendambakan khidmat aku sebagai jurulatih kepada pasukan sekolah dan pasukan kawad kaki lembaga pengawas memanggil aku untuk aku menggantikan tugas ketua pengawas sebagai ketua.AKU??AKu masih seperti aku.Tiada siapa mengenal aku sepenuhnya...
Kembali ke cerita utama,sedar x sedar along n roomate ku balik bersiap untuk pergi ke majlis.kata mereka,TNC dah datang pukul 6.00 td.Aku bangun dan menatap handphone Sony Ericsson ku,tertera bacaan masa,6:32 pm.jyaaaaa..Nyenyak gila aku tidur sehingga Ilmi pulangkan kunci motor n helmet pown aku x sedar.Subhanallah...


Tiba masa untuk bergerak ke DUD ( Dewan Utama Desasiswa).. Mak aiiiiiii... punye la ramai manusia beratur mengambil makanan...Semuanya kemas berbaju melayu dan berkurung.Ade gak yang skdr berT-shirt,alahai cik abg,dah tau majlis agak formal ape la salahnye berpakaian kemas..hoho..Sebagai photographer x bertauliah n syok sendiri coz dah mempunyai camera sendiri,ape lagi,puas aku berjalan ke hulu hilir menangkap gambar-gambar sekitar majlis.Tahniah Hanun..1st projek yang berjaya bagi aku...Sebagai exco senior,aku dapat rasakan aku blom mampu melaksanakan projek sebegini.Assignment yang 7-8 helai pown separuh mati nak disiapkan..ni pulak majlis yang katenye hampir 500 org..salute dowh..

hari ni aku belajar beberapa perkara.Keseronokan memerhatikan gelagat orang membuatkan aku lupa aku sedang berpuasa.ketika orang lain sedang enak berbuka,aku masih belum??hehe..Thankss kepada junior2 MPDR 09/10 yang prihatin kepada abg Ezal korang ni..korang memang syg aku kan??haha..
Segelas air sirap yang tawar cukuplah dahulu untuk berbuka.Sebagai pengubat haus jer..


perjalanan dan pengembaraan menangkap pic-pic manusia yang sedang meraikan kemenangan buat hari ini membuatkan aku semakin seronok m embongkar dimensi yang wujud dalam DUD..Perkara yang kedua,nayata tema satu Malaysia bukanlah terlalu sukar untuk dicapai.disana sini aku melihat pelbagai kaum turut duduk bersimpuh dan bersila menikmati juadah berbuka puasa bersama umat Islam yang lain.Kalau ikut fahaman abg sYawal,satu ummah lagi bermakna,hehe.bagi aku entahlah..Paradigma yang berbeza agaknya.Biarlah,sah2 ilmu abg syawal menapak lagi tinggi dari aku..huhu...

yang ketiga,aku cukup terharu dengan exco-exco MPDR terutamnya yang junior dan senior2 yang baru belajar menjadi exco.Kehabisan nasi membuatkan aku dan beberapa exco lain tidak dapat berbuka dengan sempurna.(ketika itu di kawasan itu aku dan siti Khairani yang hanya menjamah lauk)...namun,betapa dunia belum ketandusan manusia yang masih bertimbang rasa,sahabat2ku memberikan seorang sikit nasi mereka kepada aku.jyaaaaaa...terharu aku..Namun aku juga tidak boleh pentingkan diri sendiri,aku bahagi dua pulak dengan khairani ( Yeni)..hehe..

"YA ALLAH ya Tuhanku... Walaupun dengan sedikit kebaikan ini yang mereka berikan kepadaku,kau rahmatilah mereka,ibu bapa mereka dan sahabat2 mereka Ya Allah,Sesungguhnya kebaikan ini hanya Kau sahaja yang mampu membalasnya.Hanya Kau Tuhan yang Maha pengasih,Maha Penyanyang dan Maha Segala-galanya..Amin.."
Sesudah menjamu selera aku sambung mengambil gambar manusia..Hehe..Hobi yang entahlah..Berguna atau tidak..dewan semakin lengang,solat maghrib diimamkan oleh SAudara Sawaludin bin Rahmat (3x) hehe seperti yang selalu diucapkan olehnya dimana2 ketika memberi ceramah..Sowie abg syawal..hehe..Selepas itu,sesi membungkus,haha..nasib baik xde kak Mus IKMAR,klu x die la yang kene buat keje2 ni...haha..Sekali lagi aku belajar..manusia ni kadang kala tamak.macam aku..punyalah aku ambil berbungkus2.. ishhhhh3...xpe,aku sedekah kat jiran2 aku..hehe..

itulah cerita yang berlaku.Ini daripada perspective aku.i wrote this chapter from my own lenses.
Juz to share,coz sharing is caring...hehe..ok..now have fun dgn pictures dan i've captured during the event..Salam ramadhan Al-Mubarak...Semoga bertemu lagi di lain lembaran...



2 comments:

  1. y rase cam 2 lak kat mpdr dear...if u dh xsuka then better u quit it..if u still wan 2 be in mpd then mayb u should figure out how 2 enjoy urself 2 serve mpd...its 4 ur own gud 2

    ReplyDelete
  2. hehe...it juz the mood i think.
    when it come back,i surely will be as energetic as before..
    hehe..

    ReplyDelete