Thursday, September 10, 2009

perjalanan...

Hidup aku...sebuah perjalanan yang sangat jauh..the journey is already this far.Hingga aku sudah terlupa dimana titik permulaannya..dimana langkah pertama aku jejakkan.Nyata hidup ini walaupun sementara but it is a long,unknown,mysterious track that we heading to,no matter what or who we are.Aku hanya punya satu suara..satu suara menjadi peneman setia jiwa yang sering meruntun lara.betapa masa kecilku tidak lah bahagia seperti insan-insan bertuah yang lain.Kiraan waktu di dedaun masa juga terlalu mustahil untuk dihitung,hingga kadangkala aku tidak mengingati aku bergerak bersamanya..Sudah berapa banyak udara ku hirup untuk menghidupkan seluruh sel dalam jasadku.kadangkala kita lupa.Kita berpijak pada bumi yang fana.keseronokan duniawi membuatkan aku seolah-olah mampu mengepak ke awan dan langit yang maha luas.Sebenarnya aku terikat di antara bayang-bayang dan refleksi nyata..dalam mencari-cari kewujudan makna diri sendiri,aku hilang sempadan hakiki..tika dan suatu ketika,aku lontarkan suara ke rongga antara bumi dan angkasa.aku katakan' kerana aku banyak berdosa,cintailah aku tanpa cintamu..Tiada hak aku ke atas apa-apa yg dikirimkan kepadaku'..namun aku tahu,Dia punya cinta agung yang mencukupi buat semua yang wujud antara celah dimensi dan paradigma.Aku terima seadanya.Tidak mahu aku dituduh seorang hamba yang yang mendabik dada.belum pernah aku berniat berpujangga sebegini cara.Niat dan hasrat telah membongkar aku ke satu dunia yang bakal menghubung aku,kau dan kita..

No comments:

Post a Comment